![]() |
Assalamualaikum abang kakak! :) |
Memang tak tahu nak cakap apa, mendapat ajakan daripada teman seperjuangan Faiz Fahmi, "Zahin, abang Amar ajak BLS (basic life support) kat SACC. Abg Amar kata kita tak cukup manpower". Aku yang sedang membersih rumah, terpaku seketika. "Kau serius ke bro?", gumamku tidak terpercaya. Faiz mengangguk sambil mengiyakan soalan aku tadi.
Pada mulanya, tawar juga hati ini hendak menyahut ajakan Faiz tadi. Namun aku terfikir semula, apa persaanku jika berada di tempat mereka yang mengelolakan program ini? Sudah pasti aku mengharapkan segalanya berjalan lancar dengan pertolongan sahabat-sahabat yang ramai. "Faiz! Jom sekarang kita pergi Shah Alam!".
"Faiz, kau tahu ke kita ni nak pergi program apa? Siapa audience dia?", tanyaku bagai bedilan peluru bertalu-talu.
"Entah. Hehehe.."
Kereta Proton Saga itu akhirnya penuh dengan tiga orang jejaka BLS, penuh semangat untuk memberi pertolongan kepada para sahabat. Perjalanan dari Cyberjaya ke Shah Alam tidaklah jauh mana, cuma setengah jam perjalanan. Sampai sahaja di pintu masuk utama SACC (Shah Alam Convention Center), aku, Faiz dan Ameer, terpaku....
Walaweyh!
Ini biar betul?
MALAYSIA ISLAMIC CHILDREN FAIR!
Wah, wah, wah! Ini sungguh osem! Walaupun aku merasakan SACC ini tidaklah sebesar PWTC, namun jumlah kehadiran yang ramai sudah menunjukkan kemeriahannya. Rata-rata pengunjung yang datang ke pesta ini terdiri daripada pasangan-pasangan muda yang mencari-cari pendedahan awal pendidikan terhadap Si Kecil mereka. Mana tidaknya, kebanyakkan booth yang dibuka ialah syarikat-syarikat tadika seperti Little Khalifah Institution dan banyak lagi (tak ingat pon sebenarnya.. Haha).
Orait! Masa untuk ber'BLS'!
![]() |
Basic-Life-Support team. Bersama barisan doktor, MO dan senior CUCMS. |
Gerai kami di bawah nama Persatuan Perubatan Islam Malaysia, PPIM. Ketua kami pada waktu itu ialah Dr Azlan, MO di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Kacak dan penuh berkeyakinan. Pasti mampu memukau para pengunjung yang datang ke booth kami. Kami tidak bertiga sahaja, terdapat juga dua orang abang senior tahun satu MBBS dan seorang senior tahun empat. Ini merupakan kali kedua buat aku, Faiz dan Ameer mengendalikan BLS. Segala fakta DoctoR CAB (Danger, Response, Compression, Airways dan Breathing dikuasai dengan baik, takut juga sebab ada Dr Azlan sentiasa perhati kami semua.Gulp.
Aku dan Dr Azlan (Ber'vest' coklat) sedang memerhatikan Nabilah (bertudung merah jambu) sedang mempraktikkan DR CAB kepada patung bayi. |
Penat sememangnya sangat penat. Tapi, pengalaman mengendalikan masa dan penat itu jauh lebih mahal daripada berehat santai di rumah.
Alhamdulillah, kami hari ini dapat mendekati masyarakat dengan mengajar mereka cara-cara asas bagi menyelamatkan nyawa tatkala berlaku perkara yang tidak diingini. Kes masakini juga menunjukkan bahawa dek jahil cara menyelamatkan nyawa tatkala kecemasan juga berpotensi mengundang maut. Hal ini rata-rata yang meninggal dunia adalah semasa menunggu kedatangan ambulans di tempat kejadian. Serius, tidak rugi untuk kita menguasai kemahiran BLS ini. Moga kerja secalit ini diterima Allah.
Tengah hari merupakan waktu paling penat, dan ................. sangatlah lapar. Cup cake blueberry kegemaran Ameer Ikhwan. |
Pertemuan dengan para doktor perlu dimanfaatkan. Dr Zakiy (baju merah) dan Dr Azlan (Baju kotak-kotak). |
Ok, jangan ada siapa-siapa yang muntah. Blerghh... |
Auntie ini merupakan seorang cikgu tadika. Menimba ilmu BLS bersama Dr Azlan. |
Bro Syafiq, menunjuk ajar ibu bapa mengendalikan kes bayi yang tercekik. |
Ok, tangan kena lurus dan pastikan force is perpendicular with the chest. Cehh... |
Semoga selepas ini akan ada sahabat-sahabat foundation yang terus giat dalam aktiviti-aktiviti kemanusiaan seperti ini. Adios! Gracias!
"Orang biasa akan ambil peluang. Orang hina akan lepaskan peluang. Orang yang haybat akan CIPTA PELUANG!" - Ridhwan Hakim Zainurin.
Yang hina,
Ahmad Zahin Zulkipli.
0 comments:
Post a Comment