Assalamualaikum
dan selamat sejahtera warga fosa dan sahabat – sahabat semua.. Maaf kerana lambat update mengenai aktiviti sisters. Pada entri kali ini saya akan berkongsi mengenai aktiviti sisters yang diadakan di taman tasik cyberjaya baru – baru ini, iaitu pada 25 november 2013 yang
dianjurkan oleh
senior tahun empat dan terbuka kepada semua sisters. Kepada yang tidak berkesempatan untuk join SWEET 1, anda semua dialu – alukan untuk turut memeriahkan lagi aktiviti yang akan dianjurkan selepas ini nanti, insyaAllah.
Pelbagai
pengisian yang
sangat –
sangat bermanfaat telah kami dapat dengan mengikuti aktiviti ini. Selain dapat merapatkan ukhuwah antara sisters, kami turut mendapat beberapa titipan kata daripada kakak – kakak yang agak terkesan di jiwa dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Agak – agaknya, apa aktiviti yang kami lakukan ya? Sebenarnya, aktiviti ini adalah sangat simple, tapi pengajarannya sangat besar. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada sisters barlainan umur.
Aktiviti
pertama ialah kami dikehendaki memperkenalkan diri serta berkongsi quotes yang menjadi pembakar semangat kami kepada ahli – ahli kumpulan kami dan diberi masa selama 10 minit untuk melakukan aktiviti ini. Kemudian, salah seorang daripada ahli kumpulan harus memperkenalkan ahli – ahli kumpulannya berserta quotes yang mereka jadikan sebagai pembakar semangat mereka! Banyak antara quotes yang dinyatakan sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada diri kami.
‘Charade
games’
adalah
aktiviti kedua yang kami jalankan. Perkataan yang diberi terdiri daripada peribahasa,
tempat dan
makanan.
Permainan ini
kelihatan agak simple, tetapi pengajarannya agak besar.
“Adik
–
adik lihat, kalau kita silap bagi petunjuk kepada kawan – kawan, mereka akan meneka lain daripada yang kita mahu sampaikan. Begitu juga dengan diri kita. Hati – hati adik – adik dalam
setiap perlakuan kita kerana perlakuan kita mencerminkan keperibadian kita dan agama kita. Jangan biarkan mereka salah tafsir tentang diri dan agama hanya disebabkan oleh perlakuan kita. "
Ketika
sesi bulatan gembira pula, kami berbincang mengenai ukhuwah. Tajuknya adalah perkara yang sering kita dengar bukan? Ukhuwah adalah bermaksud ikatan persaudaraan.
“Sesungguhnya,
serendah –
rendah ukhuwah adalah bersangka baik dengan sahabat, dan setinggi –tinggi ukhuwah ialah mendahulukan orang lain dahulu dalam apa –apa jua perkara.” Kata salah seorang senior.
Bagaimana
pula dengan kita?
Renung
–
renungkan dan selamat beramal ! wallahualam. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua, InsyaAllah.
Ketika
senior bertanya mengenai
komen kami tentang aktiviti ini, ini adalah antara komen yang telah diberikan.
“Sangat
bermanfaat ! semoga aktiviti sisters weekend together
dapat diadakan
lagi nanti!”
“Pengajarannya
adalah sangat bermakna walaupun aktivitinya simple – simple sahaja. Alhamdulillah, dapat kenal adik – adik dan kakak –kakak senior dengan lebih dekat lagi.”
sekian,
jazakallah..